Sponsors

Rabu, 18 Desember 2013

Tangguh kes Pejabat AG diperintah bayar Anwar kos RM1 000

24 Julai 2013

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Jabatan Peguam Negara membayar kos RM1,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menangguhkan pendengaran kes saman beliau terhadap bekas menteri dalam negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Perkara itu dimaklumkan peguam Anwar, Sankara Nair selepas berbincang dengan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dan pendakwaraya, Tengku Intan Suraya di kamar hakim pagi tadi.

"Mahkamah menganugerahkan kos RM1,000 kepada pasukan Datuk Seri Anwar kerana penangguhan ini," kata Sankara kepada pemberita.
Sebelum itu, Anwar hadir ke mahkamah seawal jam 9 pagi.

Beliau kemudian mundar-mandir di dalam mahkamah apabila perbicaraan masih tidak bermula menjelang jam 9.30 pagi.

Di sebelah pendakwaraya pula, hanya seorang sahaja wakil yang hadir untuk perbicaraan itu.

Anwar kemudian meninggalkan mahkamah dipercayai untuk menghadiri kes pendakwaan aktivis siswa Adam Adli, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan MP Seremban Anthony Loke berhubung kes perhimpunan di Padang Merbok.
Menurut Sankara, kes itu akan didengar semula pada 28 hingga 30 Oktober depan dan pihaknya juga mempertimbang untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

"Kami akan menulis surat kepada Peguam Negara berhubung perkara ini," katanya.

Kes hari ini adalah susulan kepada saman fitnah RM100 juta ketua pembangkang itu terhadap Syed Hamid berhubung satu kenyataannya di lobi Parlimen pada tahun 2008.

Syed Hamid dilaporkan menggelar Anwar sebagai tukang lapor US susulan kenyataan Jabatan Negara US yang menggesa agar tiada campurtangan politik dalam perbicaraan kes Liwat 2 pada masa tersebut.

Anwar mendakwa kenyataan Syed Hamid dianggap menjejaskan nama baiknya, selain menuntut menteri itu tidak mengulangi lagi dakwaan seumpamanya.

Malaysiakini

Tidak ada komentar:

Posting Komentar