Sponsors

Senin, 16 Desember 2013

Dakwa Selangor rampas tanah SPNB akan dipanggil beri penjelasan – MB

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menghalang proses penyerahan kunci bagi 2,500 unit rumah kos rendah Taman Alam Perdana seperti yang didakwa oleh Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh.
khalid ibrahimKerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah melakukan pelbagai usaha agar projek rumah kos rendah yang telah lama terbengkalai disiapkan secepat mungkin.
Pemulihan projek terbengkalai Alam Perdana melibatkan 3,819 unit rumah yang terdiri daripada 2,500 unit rumah kos rendah di bawah pemulihan SPNB dan 1,319 unit rumah teres di bawah pemulihan Kerajaan Negeri Selangor.

Walaubagaimanapun, permohonan mendapatkan Sijil Layak Menduduki bagi rumah teres tertangguh mengikut perancangan Kerajaan Negeri akibat kegagalan SPNB menyelesaikan isu teknikal seperti Syarikat Bekalan Air Berhad Selangor (Syabas) dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh sememangnya sedia maklum akan hal ini.

Sebagai penyelesaian masalah tersebut, Kerajaan Negeri telah mengambilalih tanggungjawab SPNB bagi menyelesaikan masalah bekalan air daripada Syabas terutamanya masalah tangki air.
Kerajaan Negeri telah menanggung kos pembaikan cerun yang runtuh di tapak tangki air dan menjelaskan bayaran Jaminan Bayaran sejumlah hampir RM1 juta kepada SYABAS. Namun masalah IWK masih belum dapat diselesaikan oleh SPNB.

Di atas kesungguhan Kerajaan Negeri, akhirnya projek dapat disiapkan dan serahkan kepada pembeli rumah teres berserta Sijil Layak Menduduki Sementara (TCF) diperolehi pada 26 April 2012 tertakluk kepada sokongan IWK. Kelulusan TCF ini adalah merangkumi kelulusan pembangunan Alam Perdana yang melibatkan 2,500 unit rumah kos rendah.

TCF ini telah diserahkan kepada pemilik rumah teres pada 28 April 2012. Sebelum majlis berlangsung, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat jemputan kepada SPNB untuk diadakan bersekali dengan Penyerahan Kunci Rumah Kos Rendah. Walaubagaimanapun, SPNB tidak memberikan kerjasama.

Malah sehari sebelum program berlangsung, Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron telah mengeluarkan kenyataan melalui Berita Harian pada 27 April 2012 menyatakan Kerajaan Negeri bercadang menyerahkan kunci rumah tanpa ada Sijil Layak Menduduki.
Kerajaan Negeri kesal dengan sikap Pengarah Urusan SPNB yang tidak bertanggungjawab sehingga mengeluarkan kenyataan yang jelas tidak benar.

Susulan itu, Kerajaan Negeri akan memanggil SPNB untuk memberi penjelasan lanjut dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dalam masa terdekat.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar