Sponsors
Selasa, 31 Desember 2013
PRU 13 Bekas calon BN protes senarai Najib Razak
KUALA LUMPUR 16 APRIL: Protes dalaman sebaik sahaja Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengisytihar senarai calon BN, hampir pasti berlaku sama ada secara terbuka atau senyap.
Ia berikutan cadangan Najib meletak ramai muka baru di kawasan BN tewas pada PRU 12, tidak disenangi pemimpin senior yang mahu menjadi calon.
Pada masa sama, pemimpin senior yang digugur mahu orang sendiri menggantikan kedudukannya, sebaliknya kerusi diberi kepada orang lain.
Mengikut sumber, beberapa kumpulan tertentu di beberapa negeri berbeza sudah menjalin perjanjian sulit untuk memenangkan calon Pakatan, sebagai protes senyap.
Mereka dikatakan berlakon menyokong BN tetapi mengajak penyokong memastikan calon BN kalah asalkan mereka tidak diketepi apabila Pakatan membentuk kerajaan.
Situasi itu, mengikut sumber, lebih buruk berbanding PRU 12 yang dianggap ‘kejadian undi protes paling buruk di Malaysia’ berikutan faktor ‘Khairy Jamaluddin’.
Protes terbuka seperti yang dilakukan 30 penyokong BN depan ibu pejabat Umno semalam berikutan tidak berpuas hati dengan calon payung terjun ke DUN Seri Setia, dijangka menjadi-jadi.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Pengarah Biro Latihan KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub berkata hasrat Najib meletak calon ‘katak’ dari Pakatan turut dibantah ahli akar umbi.
Katanya, campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menentukan calon, juga tidak dapat dielak bagi menjaga kepentingannya sedangkan Najib punya hitungan sendiri.
Malah, Mahathir secara terbuka memberi isyarat kepada Najib supaya mengetepi calon BN untuk memberi laluan kepada Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas.
“Tindakan letak calon tak popular dapat tentangan. Kehendak akar umbi dibalas sikap pucuk pimpinan Umno BN yang seolah-olah mahu menguasai semuanya.
“BN retak, Umno tikam sesama sendiri. Campur tangan pucuk pimpinan Umno BN berlaku kerana faktor calon dilihat sangat penting,” kata calon Parlimen KEADILAN Pasir Salak yang turut mendapati persaingan kerusi antara parti komponen BN juga, sengit.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar