Sponsors

Senin, 23 Desember 2013

Kami Buat Seks Oral Dalam 20 Ke 30 Kali


Kami Buat Seks Oral Dalam 20 Ke 30 Kali
Kami Buat Seks Oral Dalam 20 Ke 30 Kali - Bekas Ketua Biro Narkotik Pusat (CNB), Ng Boon Gay pada hari Isnin menjelaskan hubungan beliau dengan bekas Eksekutif Jualan IT, Cecilia Sue.
Lima belas minit dari awal keterangannya di sebelah petang, beliau menceritakan bagaimana hubungannya dengan Sue bermula sekitar akhir 2008 atau awal 2009.
Dituduh atas empat tuduhan rasuah berkaitan seks, Ng berkata, dalam tempoh tiga tahun hubungan sulitnya, mereka melakukan seks oral antara 20 hingga 30 kali di pelbagai tempat seperti tempat letak kereta dan lain-lain tempat-tempat terpencil di seluruh Singapura.
Pertemuan pertama telah diadakan di East Coast Park, dan setiap sesi adalah dipersetujui dan berlangsung kira-kira 30 minit, katanya.
“Beliau adalah pihak sanggup (melakukan seks oral) dan kami telah menikmatinya bersama-sama,” katanya yang bercanggah dengan keterangan awal Sue yang menafikan mereka mempunyai hubungan seksual.
“Dia menyempurnakan perbuatan itu dan saya tidak marah,” katanya.
Ng dituduh memperoleh suapan seksual sebanyak empat kali dari Sue antara Jun hingga Disember tahun lepas dengan tujuan membantu untuk melanjutkan kepentingan perniagaan majikan Cecilia ketika itu iaitu Oracle Corporation Singapura dan Hitachi Data Systems dalam urusan dengan CNB.
Sue mendakwa bahawa pada setiap empat kali yang disebut dalam pertuduhan terhadap Ng, dia dipaksa (melakukan seks oral) dan dalam beberapa kali, Ng sengaja menolak kepalanya ke arah kelangkang beliau di dalam kereta dan terdapat hubungan antara mulut dan bahagian peribadinya.
Mereka mempunyai hubungan seks hanya sekali pada Mei atau Jun 2009 di Great World City service apartment, dan kebimbangan akan kemungkinan berlaku kehamilan menghalang mereka daripada berbuat demikian lagi, Ng menceritakan.
Ng berkata, ketika beliau pertama kali bertemu Sue; “saya mendapati bahawa dia adalah menarik, ceria, seorang yang sangat menarik untuk bercakap,”
Mereka menjadi lebih intim selepas berbual di telefon dan bercakap tentang bagaimana kanser telah menjejaskan ibu mereka. Ibu Sue meninggal dunia akibat kanser beberapa tahun lalu dan ibu Ng juga telah didiagnosis dengan penyakit itu pada masa itu.
Dia “boleh menghargai tekanan, kerisauan dan kebimbangan yang saya ada. Cecilia memberikan saya sokongan yang besar, “katanya.
Ng mengambil tempat di bangku mahkamah selepas Hakim Daerah, Siva Shanmugam memutuskan bahawa bekas penjawat awam itu mempunyai kes untuk dijawab.
GAMBAR: NG tiba ke mahkamah bertemankan isterinya. – (Yahoo! News)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar