Sponsors
Selasa, 04 Maret 2014
Sanggup menyewa demi anak yang mahu hidup di bandar
Wartawan Sinar Harian
31 Oktober 2012
31 Oktober 2012
BANDAR TUN RAZAK - Seorang ibu tunggal sanggup menyewa rumah demi menyekolahkan lima anaknya di bandar walaupun dia merupakan anak kepada peneroka Felda Jengka 17.
Ibu tunggal terbabit, Ramlah Md Jaafar, 38, berkata, selain memenuhi kehendak anak yang lebih suka tinggal di bandar, dia juga tidak mahu menumpang di rumah ibu bapanya.
“Walaupun bimbang jika tuan rumah meminta kami berpindah, namun saya tidak mahu hidup menumpang keluarga kerana rumah itu turut didiami adik-beradik lain.
“Justeru, saya memohon bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) supaya kami sekeluarga tidak perlu berpindah-randah lagi,” katanya.
Ramlah dikatakan baru sahaja empat tahun menetap di rumah sewa itu dengan bayaran RM200 sebulan. Sebelum ini, dia pernah menetap di beberapa rumah lain di sekitar kawasan terbabit.
Bagaimanapun Ramlah berkata, kini dia bersyukur kerana terpilih menerima bantuan sewa rumah berjumlah RM1,488 setahun melalui Peruntukan Bantuan Sewa Rumah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Khamis lalu.
“Alhamdulillah. Bantuan ini dapat membantu meringankan beban saya kerana sebelum ini saya terpaksa berjimat-cermat untuk membayar sewa rumah. Justeru, saya berterima kasih di atas usaha kerajaan dalam mewujudkan bantuan sebegini untuk meringankan beban rakyat,” katanya.
Bantuan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Wan Salman Wan Ismail dengan kerjasama Majlis Daerah Maran (MDM) diwakili Pengurus MDM cawangan Jengka, Zulkarnain Ishak.
Wan Salman berkata, skim bantuan sewa rumah itu sebenarnya sudah diwujudkan sebelum ini dan diberikan kepada orang berbeza setiap tahun.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar