Sponsors
Kamis, 06 Maret 2014
Mahasiswa diserang NGO gerak kekuatan fokus Pekan
Harakahdaily
Khairil Abdul Rahim, | 16 Feb 2013 |
TEMERLOH: PAS Pahang mengecam keras tindakan tidak bertamadun kira-kira 100 orang samseng yang mengepung 30 mahasiswa di tengah bandar Pekan semalam kerana jelas melanggar undang-undang, kebebasan bersuara dan keluhuran Perlembagaan negara ini.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sebagai warganegara Malaysia, mahasiswa mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia untuk bebas bergerak termasuk terlibat sama dalam politik negara.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, PAS turut kesal dengan pihak polis yang hadir dalam insiden tersebut tetapi gagal bertindak sebaliknya hanya bertindak seperti pemerhati.
“Serentak dengan itu PAS mendesak Ketua Polis Negeri Pahang melakukan siasatan dalaman serta mengambil tindakan tata tertib atau tindakan yang sesuai kerana sepatutnya peranan polis memastikan undang-undang dipatuhi buaknnya membiarkan pelanggaran undang-undnag berlaku.
“Mahasiswa turun untuk mengedar risalah ke seluruh parlimen Pekan tetapi akibat tindakan agresif kumpulan samseng mahasiswa terpaksa dihantar balik ke Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, mahasiswa yang sepatutnya disambut sebagai tetamu telah mengalami peristiwa pahit ketika berada di parlimen Najib iaitu pada hari pertama lagi ketika berada di Dewan Undangan Negeri Pulau Manis telah cedera dibelasah samseng dan dimaki hamun serta diusir oleh wakil rakyat BN sendiri iaitu Adun Pulau Manis, Khairuddin Mahmud bersama penyokong-penyokong Umno.
Pada hari kedua ketika berada di Dun Chini pula, mahasiswa menghadapi dugaan lebih hebat apabila diancam dengan parang oleh samseng Umno dalam dua insiden.
Semalam mahasiswa yang menamakan kumpulan mereka ‘Gerakan Mahasiswa 13’ itu menghadapi kemuncak dugaan berhadapan samseng-samseng Umno apabila dikepung, diserang, dicederakan dan diusir pulang ke Kuala Lumpur serta merta.
Tuan Ibrahim berkata, semua tindakan itu mencerminkan ketakutan Umno khususnya di kawasan Perdana Menteri bagi menghadapi kebangkitan rakyat untuk menolak BN.
“Tindakan terdesak ini tunjukkan kepada kita melalui penolakan secara paksa, kalau di Pulau Pinang secara perkataan jelas. Di Pekan walau tidak ada perkatan ‘no’ tetapi tindakan samseng-samseng itu merupakan bantahan secara senyap oleh orang Pekan, sebab itu Umno tak bagi maklumat disebarkan, dia takut maklumat sampai kepada rakyat.
“PAS hairan kenapa takut sangat sedangkan media elektronik setiap saat berkempen untuk Umno BN. Walaupun penambahan undi luar biasa iaitu menjangkau 18,000 pengundi baru di Pekan termasuk warga Myanmar, Kemboja, kem tentera dan Orang Asli.
“Tetapi pelik, dengan budak-budak pelajar 30 orang pun Umno rasa terancam dan cemas sangat,” katanya.
Dalam pada itu Tuan Ibrahim berharap mahasiswa supaya teruskan perjuangan.
Katanya dengan insiden semalam PAS mendapat maklumat banyak NGO menggerakkan semua kekuatan akan fokus menuju ke Pekan.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar