Sponsors

Sabtu, 15 Februari 2014

Saifuddin terima pelawaan dari akaun Twitter palsu Anwar

August 06, 2012
KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) hari ini menolak tawaran menyertai Pakatan Rakyat (PR) oleh "Datuk Seri Anwar Ibrahim" yang dikemukakan kepada beliau menerusi laman Twitter miliknya.
Pelawaan itu bagaimanapun turut ditolak Saifuddin menggunakan akaun Twitter dengan menyebut,"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah."
Tawaran menyertai PR itu bagaimanapun dibuat oleh satu akaun Twitter palsu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan akaun Twitter Ketua Pembangkang yang sebenar ialah @anwaribrahim.

Dipetik Sinar Harian Online, Saifuddin menegaskan beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.
"Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya masih kena jawab."
Ibu Pejabat PKR turut dilihat membuat penjelasan berhubung perkara itu bagi mengelakkan kekeliruan terus berlaku.

"Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu -- akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.
Saifuddin turut membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas penjelasan - gentleman."
The Malaysian Insider

Tidak ada komentar:

Posting Komentar